mcmc
Keusahawanan

PERABOT RUMAH

Salah satu dari ahli PEDi Nanga Ngungun merupakan usahawan pembuatan perabot rumah iaitu encik Nira Anak Rimau yang berumur 62 tahun. Bagi beliau umur bukanlah penghalang untuk menambah pendapatan isi kelurga. Selain itu perabot yang dibuat oleh beliau adalah sepenuhnya hasil kerja beliau tanpa bantuan orang lain. Selain itu, dalam masa yang sama dia menggunakan kayu yang dihasilkan juga dari komuniti setempat. Hasil produk yang dapat dihasilkan agak rendah walaupun permintaan yang tinggi disebabkan tidak memiliki pembantu semasa menghasilkan produk. Namun, pendapatan beliau dalam satu bulan cukup menampung pembelanjaan isi keluarga kerana dalam satu bulan beliau boleh menghasilkan pendapatan sebanyak Rm2000. Perabot rumah yang dihasilkan seperti almari pakaian, almari dapur, perabot TV dan sebagainya.