mcmc
Maklumat Setempat

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Nanga Ngungun

SELAMAT DATANG KE NADI

NADI merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI Nanga Ngungun menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
NADI Nanga Ngungun akan membuka keahlian kepada orang ramai dalam masa yang terdekat. Pihak kami berharap komuniti setempat akan memberi sambutan yang baik terhadap NADI Nanga Ngungun yang tidak lama lagi akan dibuka. untuk setakat sekarang dibawah adalah rekod ahli :
 
AHLI LAMA
631
AHLI BARU BULAN JAN 2026
6
KESELURUHAN PADA FEB 2026
637
 
 KENALI PETUGAS NADI :

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami

 
PENGURUS
 
Nama : Maygrace Anak Magai
Mula berkhidmat : 14 Februari 2022
 
PENOLONG PENGURUS
 
 
Nama : Miyah Anak Terang
Mula berkhidmat : 03 Disember 2025