mcmc
LAPORAN AKTIVITI

LAPORAN AKTIVITI – JANUARI 2024

AKTIVITI : ADVOKASI – MAKLUMAT PALSU

TARIKH

: 6 JAN 2024

MASA

: 02:00 – 04:00 PETANG

TEMPAT

: PEDi NANGA NGUNGUN

TUJUAN

Meningkatkan kesedaran kepada komuniti agar menggunakan media sosial dengan sebaik yang mungkin serta menyekat penyebaran kandungan yang berunsur negatif.

AKTIVITI

Penerangan melalui tayangan slide dan kanak-kanak diminta untuk menonton video Klik Dengan Bijak dan sesi soal jawab.

 

AKTIVITI : ADVOKASI – TERLEBIH KONGSI

TARIKH

: 10 JAN 2024

MASA

: 02:00 – 04:00 PETANG

TEMPAT

: PEDi NANGA NGUNGUN

TUJUAN

Meningkatkan kesedaran kepada komuniti agar sentiasa menerapkan amalan “tidak pasti, jangan kongsi’ apabila menerima sesuatu maklumat dan seharusnya dilihat daripada perspektif yang positif.

AKTIVITI

Penerangan melalui tayangan slide dan kanak-kanak diminta untuk menonton video Klik Dengan Bijak dan sesi soal jawab.

 

AKTIVITI : ASAS ICT – KELAS MEWARNA

TARIKH

: 7 JAN 2024

MASA

: 02:00 – 04:00 PETANG

TEMPAT

: PEDi NANGA NGUNGUN

TUJUAN

Mengajar kanak-kanak untuk menguasai kemahiran asas komputer supaya dapat merangsang kreativiti melalui mewarna dalam talian. Melahirkan generasi muda yang celik IT.

AKTIVITI

Peserta diajar bagaimana membuka laman web mewarna secara online. Seterusnya peserta melaksanakan lukisan tersebut dengan mewarna menggunakan berus mengikut tema yang telah dipilih. Sesi soal jawab untuk menguji kefahaman peserta.

 

AKTIVITI : ASAS ICT – KELAS MENAIP

TARIKH

: 16 JAN 2024

MASA

: 02:00 – 04:00 PETANG

TEMPAT

: PEDi NANGA NGUNGUN

TUJUAN

Melatih kanak-kanak untuk menguasai kaedah menaip dengan betul dan pantas dan membantu dalam pembelajaran mereka.

AKTIVITI

Peserta akan diberi satu tugasan untuk menaip perkataan di laman web yang disediakan seperti “typing test”. Para peserta akan diajar dengan teknik yang betul semasa mereka sedang menaip perkataan.


AKTIVITI : ASAS ICT – KUIZ NILAI-NILAI MURNI

TARIKH

: 20 JAN 2024

MASA

: 02:00 – 04:00 PETANG

TEMPAT

: PEDi NANGA NGUNGUN

TUJUAN

Menguji tahap pengetahuan para peserta tentang nilai–nilai murni yang telah dipelajari di sekolah melalui kuiz secara talian. Memberi pengetahuan tentang nilai murni adalah penting dalam aspek pembangunan negara.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk menjawab soalan kuiz nilai murni yang telah disediakan. Peserta yang mendapat markah yang tertinggi akan diberi hadiah.

 

AKTIVITI : ASAS ICT – KELAS BUAT JADUAL KELAS

TARIKH

: 25 JAN 2024

MASA

: 02:00 – 04:00 PETANG

TEMPAT

: PEDi NANGA NGUNGUN

TUJUAN

Meningkatkan tahap kemahiran pelajar sekolah untuk membuat jadual kelas dengan menggunakan Microsoft Word. Meningkatkan tahap celik ICT dikalangan penduduk setempat.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk membuka Microsoft Word di komputer masing-masing dan seterusnya diminta untuk mengklik insert table. Selepas itu, peserta akan diberi contoh jadual kelas yang telah siap dan semua diminta untuk menaip jadual mengikut contoh yang telah diberikan. Peserta dibenarkan untuk menukar corak mengikut kesukaan masing-masing.

 

AKTIVITI : STEM – BUAT PENANDA BUKU GUNA BATANG AISKRIM

TARIKH

: 8 JAN 2024

MASA

: 02:00 – 04:00 PETANG

TEMPAT

: PEDi NANGA NGUNGUN

TUJUAN

Mengajar kanak-kanak untuk menghasilkan sesuatu alat yang baru daripada barang terpakai. Memupuk semangat cintakan alam sekitar.

AKTIVITI

Peserta akan diberi satu tugasan untuk menyediakan barang terpakai seperti batang ais krim. Seterusnya, pelajar diminta untuk melukis batang ais krim tersebut dan mewarnakan batang ais krim mengikut kreativiti masing-masing. Selepas selesai mewarna, batang ais krim tersebut boleh digunakan untuk menjadi penanda buku.

 

AKTIVITI : ASAS KEUSAHAWANAN – KEMASKINI PLATFORM MEDIA SOSIAL USAHAWAN.

TARIKH

: 13 NOV 2023

MASA

: 02:00 – 04:00 PETANG

TEMPAT

: PEDi NANGA NGUNGUN

TUJUAN

Mengemaskini maklumat terbaru usahawan dalam facebook dan penting untuk follow up pelanggan mereka yang mampu memberi impak yang tinggi dalam proses jualan.

AKTIVITI

Mengajar usahawan untuk mengisi maklumat melalui dalam facebook page seperti nama bisnes, kategori bisnes, alamt dan nombor telefon. Di samping itu, usahawan diminta untuk memuat naik profile serta gambar produk mereka.