
DEWAN SERBAGUNA JKKK NANGA NGUNGUN
Kemudahan awam yang terdapat di Nanga Ngungun boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti dewan serbaguna, gelanggang sepak takraw, padang bola, jalanraya berturap, dan gereja turut terdapat di Nanga.
Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di Pekan Kanowit.