Nama : Kimberly Toh Ahli : 2022 Umur : 10 tahun |
Latar belakang
Kimberly Toh merupakan anak kedua daripada 2 orang adik-beradik yang berbangsa cina campuran iban. Beliau menetap di rumah panjang Nanga Ngungun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Nanga Ngungun. Beliau dan abangnya dijaga oleh neneknya sementara ibubapa beliau berada di Semenanjung untuk mencari pendapatan. Beliau seorang yang berdikari dan suka menimba ilmu khususnya ilmu ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di PEDi, beliau ada mengikuti kelas asas komputer di sekolah. Beliau hanya mempunyai pengetahuan dan ilmu asas perkomputeran sahaja. Masih banyak ilmu dan pengetahuan yang masih belum diterokai dan dipelajari olehnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah menjadi ahli di PEDi pada bulan Julai 2022, beliau rajin dan sangat aktif melibatkan diri dalam pelbagai kelas yang dianjurkan seperti kelas Microsoft Word, kuiz dan lain-lain. Sementara itu, beliau sangat ringan tulang untuk mengajar rakannya semasa menghadiri Latihan yang dijalankan oleh PEDI. Beliau juga hampir setiap hari datang ke PEDi apabila untuk melayari internet, menonton video pendidikan, dan sebagainya. Selain itu, beliau mahir menggunakan teknologi terkini iaitu, telefon pintar sebagai alat berkomunikasi dan perhubungan berkaitan tugasan di sekolah bersama rakan-rakannya. Hingga kini, beliau sudah mampu menaip pantas dan mahir membuat carian di google berbanding sebelum menjadi ahli di PEDi.