AKTIVITI : ADVOKASI – TIPS KENALI PENIPUAN PANGGILAN
|
TARIKH |
: 27 OKT 2023 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: PEDi NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Meningkatkan kesedaran kepada komuniti agar supaya tidak menjadi mangsa dalam sindiket penipuan dalam talian.
AKTIVITI
Penerangan melalui tayangan slide dan kanak-kanak diminta untuk menonton video Klik Dengan Bijak (Tips Kenali Penipuan Panggilan).
AKTIVITI : ADVOKASI – FIKIR SEBELUM BERTINDAK
|
TARIKH |
: 28 OKT 2023 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: PEDi NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Meningkatkan kesedaran kepada komuniti agar menjauhi perbuatan buli siber dan menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Memberi kesedaran supaya berfikir dahulu sebelum bertindak dalam memberikan apa-apa maklumat yang boleh memecah belahkan orang lain.
AKTIVITI
Memberi kesedaran kepada kanak-kanak supaya menyemak maklumat yang betul dan tepat di media sosial supaya mereka tidak mudah memberikan komen yang berunsur perkauman dan sebagainya .
AKTIVITI : ASAS ICT – MEWARNA DALAM TALIAN
|
TARIKH |
: 13 OKT 2023 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: PEDi NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Memupuk kemahiran penguasaan computer dan meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar permainan pendidikan di atas talian.
AKTIVITI
Peserta diajar bagaimana membuka laman web mewarna secara online. Seterusnya peserta melaksanakan lukisan tersebut dengan mewarna menggunakan brush mengikut tema yang telah dipilih. Sesi soal jawab untuk menguji kefahaman peserta
AKTIVITI : ASAS ICT – MENAIP
|
TARIKH |
: 15 OKT 2023 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: PEDi NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Melatih kanak-kanak untuk menguasai kaedah menaip dengan betul dan pantas dan membantu dalam pembelajaran mereka.
AKTIVITI
Peserta akan diberi satu tugasan untuk menaip perkataan di laman web yang disediakan seperti “typing test”. Para peserta akan diajar dengan teknik yang betul semasa mereka sedang menaip perkataan.
AKTIVITI : ASAS ICT – KOMPENAN KOMPUTER
|
TARIKH |
21 OKT 2023 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: PEDi NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Memberi penerangan mengenai perkakas komputer. Menjelaskan nama dan fungsi setiap perkakas komputer. Melatih peserta menggunakan perkakas komputer. Mengadakan kuiz asas kumputer kepada peserta untuk mengenalpasti perkakas komputer
AKTIVITI
Penerangan melalui tayangan slide dan video tentang perkakas. Peserta diminta untuk menjawab kuiz komponen komputer dalam talian dalam masa yang ditetapkan.
AKTIVITI : ASAS ICT – KUIZ RUKUN NEGARA
|
TARIKH |
: 22 OKT 2023 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: PEDi NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Meningkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan Rukun Negara dan sekaligus memupuk semangat perpaduan negara. Menguji sejauh mana tahap pengetahuan pelajar dalam mengenali prinsip prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
AKTIVITI
Peserta akan diminta untuk menghafal dan memahami setiap prinsip-prinsip rukun negara. Selesai menghafal, peserta diminta untuk menjawab kuiz rukun negara dalam talian yang disediakan.
AKTIVITI : ASAS KEUSAHAWANAN – MENULIS SURAT RASMI.
|
TARIKH |
: 28 OKT 2023 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: PEDi NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Untuk mengajar usahawan tentang format surat rasmi yang betul supaya dapat membantu mereka untuk membuat segala permohonan dari segi bantuan, rayuan, bantahan dan sebagainya. Digunakan sebagai medium komunikasi utama untuk menyampaikan maklumat yang betul dan tepat kepada penerima.
AKTIVITI
Mengajar usahawan untuk menggunakan Microsoft word untuk menaip surat rasmi. Selepas itu, usahawan diminta untuk mengikut contoh dan format yang betul di paparan slide yang disediakan.




















