AKTIVITI : ADVOKASI- DOKUMENTARI KESEDARAN TENTANG MEDIA SOSIAL.
|
TARIKH |
: 6 NOV 2023 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: PEDi NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Meningkatkan kesedaran kepada komuniti agar menggunakan media sosial dengan sebaik yang mungkin serta menyekat penyebaran kandungan yang berunsur negatif.
AKTIVITI
Memberi kesedaran kepada kanak-kanak supaya berwaspada dalam berkongsi sesuatu atau membuat sebarang kenyataan di media sosial agar tidak mudah memudaratkan diri sendiri.
AKTIVITI : ADVOKASI – KURANG KESEDARAN PUNCA RAMAI DITIPU ‘SCAMMER’.
|
TARIKH |
: 7 NOV 2023 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: PEDi NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Meningkatkan kesedaran kepada komuniti agar sentiasa berwaspada ketika menjawab panggilan daripada individu yang tidak dikenali. Memberi kesedaran supaya tidak mudah memberikan apa-apa maklumat peribadi supaya tidak terjerat dengan sindiket penipuan dalam talian oleh scammer.
AKTIVITI
Memberi kesedaran kepada kanak-kanak supaya sentiasa berwaspada dan tidak melayan sebarang panggilan daripada individu yang tidak dikenali. Mengenal dengan lebih mendalam dan menggunakan platform media sosial dengan cara yang betul.
AKTIVITI : ASAS ICT – FUNGSI PERALATAN ASAS KPMPUTER
|
TARIKH |
: 9 NOV 2023 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: PEDi NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Mengajar kanak-kanak untuk mengenali fungsi peralatan asas komputer supaya dapat merangsang kreativiti dan kemahiran pelajar. Melahirkan generasi muda yang celik IT.
AKTIVITI
Peserta diajar melalui slide tentang fungsi asas computer yang telah disediakan. Selepas memahami setiap fungsi asas komputer, peserta diberi kuiz dan perlu menjawab kuiz tersebut dalam masa yang ditetapkan. Sesi soal jawab untuk menguji kefahaman peserta.
AKTIVITI : ASAS ICT – KUIZ MOCROSOFT WORD
|
TARIKH |
: 10 NOV 2023 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: PEDi NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada pelajar untuk menguasai kemahiran penyediaan dokumen yang lebih berkesan melalui Microsoft word. Mombolehkan para peserta mengulang kaji tentang fungsi-fungsi asas microsoft word.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk menjawab soalan kuiz yang telah disediakan. Peserta yang mendapat markah yang tertinggi akan diberi hadiah (goodies) serta esi soal jawab.
AKTIVITI : ASAS ICT – MENAIP DENGAN PANTAS
|
TARIKH |
: 11 NOV 2023 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: PEDi NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Melatih kanak-kanak untuk menguasai kaedah menaip dengan betul dan pantas dan membantu dalam pembelajaran mereka.
AKTIVITI
Peserta akan diberi satu tugasan untuk menaip perkataan di laman web yang disediakan seperti “typing test”. Para peserta akan diajar dengan teknik yang betul untuk menaip dengan lebih pantas.
AKTIVITI : ASAS ICT – KUIZ PENGETAHUAN PERAYAAN DEEPAVALI
|
TARIKH |
: 22 OKT 2023 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: PEDi NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Meningkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan perayaan dan sekaligus memupuk semangat perpaduan negara. Menguji sejauh mana tahap pengetahuan pelajar dalam mengenali setiap perayaan yang di Malaysia terutamanya hari Deepavali yang disambut oleh kaum india.
AKTIVITI
Peserta akan diminta untuk menjawab kuiz sempena perayaan Deepavali dalam talian. Selesai menjawab kuiz, peserta yang mendapat markah tertinggi kan diberi hadiah.
AKTIVITI : ASAS KEUSAHAWANAN – KEMASKINI PLATFORM MEDIA SOSIAL USAHAWAN.
|
TARIKH |
: 13 NOV 2023 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: PEDi NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Mengemaskini media sosial yang digunakan oleh usahawan seperti facebook dan Whatapp. Menggalakan usahawan untuk sentiasa aktif di media sosial untuk mempromosikan perniagaan mereka.
AKTIVITI
Mengajar usahawan untuk memuat naik produk yang terbaru di dalam facebook dan whatapp. Mengajar usahawan menggunakan kaedah pengiklanan dengan cara yang betul.
AKTIVITI : MINI HARI BERSAMA KOMUNITI (HBK)
|
TARIKH |
: 26 NOV 2023 |
|
MASA |
: 08:00 PAGI – 05:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: PEDi NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Mini Hari Bersama Komuniti (HBK) dijalankan bertujuan untuk menarik perhatian komuniti setempat akan wujudnya Pusat Ekonomi Digital di kawasan mereka. Selain itu, mini HBK ini diadakan untuk menambah ahli baru PEDi. Tambahan pula, mini HBK ini dapat mengeratkan lagi hubungan pertugas PEDi dengan komuniti agar pada masa akan datang dapat menjalanan program atau aktiviti bersama.
AKTIVITI
Terdapat beberapa aktiviti diadakan pada hari kejadian seperti pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak. Selain itu, pertandingan menaip bagi golongan dewasa. Disamping itu, kelas Shopee juga dilaksanakan untuk memberi perjelasan kepada usahawan lama dan baru akan aplikasi Shopee. Kuiz-kuiz juga dilakukan kepada golongan kanak-kanak dan dewasa. Bagi memariahkan lagi suasana, cabutan bertuah juga dibuat.



































