AKTIVITI : ADVOKASI – BULI SIBER
|
TARIKH |
: 26 OKT 2024 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: NADI NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna agar mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga tingkah laku di media sosial dan tidak menyalahgunakan kebebasan suara sedia ada. Meningkatkan kesedaran kepada pengguna media sosial untuk membuat privasi terutama maklumat peribadi supaya tidak dapat diakses oleh orang lain dengan mudah.
AKTIVITI
Penerangan melalui tayangan slide dan peserta diminta untuk menonton video mengenai kes-kes buli siber yang sering berlaku di negara ini. Penyertaan melibatkan golongan belia iaitu pelajar sekolah menengah.
AKTIVITI : ADVOKASI – ANTI SCAMMER
|
TARIKH |
: 27 OKT 2024 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: NADI NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Meningkatkan kesedaran kepada komuniti agar tidak mudah tertipu dengan penyamaran individu yang ingin mengambil kesempatan dalam talian. Memberi kesedaran kepada komuniti tentang kebaikan dan keburukan internet..
AKTIVITI
Penerangan melalui tayangan slide dan kanak-kanak diminta untuk menonton video Klik Dengan Bijak.
AKTIVITI : STEM – BUAT BINGKAI GAMBAR GUNA KAYU AIS KRIM
|
TARIKH |
: 24 OKT 2024 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: NADI NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Mengajar kanak-kanak untuk menghasilkan suatu alat daripada barangan terpakai seperti batang ais krim untuk membuat bingkai gambar. Memupuk semangat cintakan alam sekitar.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk menyediakan bahan -bahan seperti batang ais krim berwarna, sehelai kertas A4, gam dan lain-lain. Mula -mula peserta diminta untuk sesi bergambar terlebih dahulu, dan seterusnya gambar tersebut akan dilaminate. Selesai laminate, peserta akan menghasilkan sebuah bingkai dengan menggunakan batang aiskrim. Gambar yang telah siap laminate akan dilekatkan bersama dengan batang aiskrim tersebut.
AKTIVITI : KEUSAHAWANAN – NADI MAHIR
|
TARIKH |
: 11 OKT 2024 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: NADI NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Untuk memberi pengenalan kepada peserta tentang kemahiran yang ditawarkan oleh program NADI X MAHIR. Membantu usahawan yang baru untuk menyertai dan belajar tentang ilmu usahawan yang danjurkan oleh NADI.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk mendengarkan taklimat daripada urus setia NADI X Mahir melalui google meet. Peserta juga terlibat dengan cabutan bertuah semasa taklimat.
AKTIVITI : KEUSAHAWANAN – KURSUS KEUSAHAWANAN DAN EKONOMI DIGITAL BERSAMA DENGAN JABATAN PERPADUAN SIBU.
|
TARIKH |
: 19 OKT 2024 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: NADI NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Untuk memberi pengenalan kepada peserta tentang asas keusahawanan dan mempelajari cara-cara menggunakan aplikasi AI dalam talian. Membantu usahawan yang baru untuk menyertai dan belajar tentang ilmu usahawan yang danjurkan oleh NADI.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk mendengarkan ceramah daripada pengurus NADI. Peserta terdiri daripada penghuni rumah panjang yang terlibat dengan Rukun Tetangga. Selesai ceramah, sesi soal jawab dijalankan untuk mengetahui sejauh mana permahaman para peserta.








