AKTIVITI : ADVOKASI – KESEDARAN AWAM
|
TARIKH |
: 22 OKT 2024 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: NADI NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna agar tidak mudah menyebarkan maklumat secara berlebihan di media sosial. Meningkatkan kesedaran kepada pengguna media sosial untuk membuat privasi terutama maklumat peribadi supaya tidak dapat diakses oleh orang lain dengan mudah.
AKTIVITI
Penerangan melalui tayangan slide dan peserta diminta untuk menonton video mengenai kes-kes yang sering berlaku. Penyertaan seramai 20 orang Awam. Program ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi 1 untuk warga emas dan sesi 2 untuk pelajar sekolah.
AKTIVITI : ASAS ICT – AI UNTUK RAKYAT
|
TARIKH |
: 20 OKT 2024 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: NADI NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Melatih peserta untuk mempelajari AI seperti Bing Image Creator, Chat GPT dan lain-lain. Meningkatkan tahap celik ICT dikalangan penduduk setempat
AKTIVITI
Program AI Rakyat ini merupakan sebuah program yang melibatkan seramai 10 Orang peserta. Peserta akan diajar tentang pengenalan AI dan diminta untuk menghasilkan suatu poster sebagai tugasan mereka. Poster yang dihasilkan perlulah dibuat menggunakan aplikasi AI yang telah dipelajari dan dibuat mengikut kreativiti masing-masing.
AKTIVITI : E-PEMBELAJARAN – KUIZ SEJARAH PENUBUHAN MALAYSIA
|
TARIKH |
: 13 OKT 2024 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: NADI NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Menguji tahap pengetahuan para peserta tentang permainan pembelajaran dalam komputer dan ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan mereka dalam Sejarah Malaysia. Memupuk semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan peserta.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk menjawab soalan kuiz yang telah disediakan. Peserta yang mendapat markah yang tertinggi akan diberi hadiah (goodies). Sesi soal jawab.
AKTIVITI : STEM – BUAT KERETA KELINCIR DENGAN BOTOL TERPAKAI
|
TARIKH |
: 21 OKT 2024 |
|
MASA |
: 10:00 – 11:00 PAGI |
|
TEMPAT |
: NADI NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Mengajar kanak-kanak untuk menghasilkan suatu alat daripada barangan terpakai seperti botol mineral untuk membuat kereta. Memupuk semangat cintakan alam sekitar.
AKTIVITI
Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan ada dua orang ahli. Seterusnya, pelajar diminta untuk menghasilkan sebuah kereta mainan mengikut contoh yang ditonton mereka di youtube. Peserta yang dapat menghasilkan kereta yang berfungsi dengan baik akan mendapat hadiah. Pemenang akan dinilai mengikut tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati.
AKTIVITI : ASAS KEUSAHAWANAN – AI
|
TARIKH |
: 20 OTK 2024 |
|
MASA |
: 02:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: NADI NANGA NGUNGUN |
TUJUAN
Untuk memberi pengenalan kepada peserta tentang AI Usahawan seperti Chat GPT dan Bing Image Creator. Membantu usahawan meningkatkan hasil jualan mereka dalam pemasaran digita dengan menggunakan kaedah penghasilan poster yang menarik.
AKTIVITI
Peserta diminta untuk menghasilkan sebuah poster dengan menggunakan aplikasi AI yang telah dipelajari sebentar tadi. Peserta yang mendapat like terbanyak di facebook NADI akan mendapat hadiah berupa wang tunai.
PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI@MERDEKA, ANJURAN JAPEN BERSAMA NADI KLUSTER KANOWIT.
|
TARIKH |
: 11 OTK 2024 |
|
MASA |
: 10:00 – 04:00 PETANG |
|
TEMPAT |
: RH TABOH NG NGUNGUN |
TUJUAN
Program Anjuran Jabatan Penerangan Kanowit Bersama dengan NADI Kluster Kanowit untuk menyerlahkan semangat patriotik dalam kalangan penduduk setempat. Menambahkan jumlah ahli NADI berikutan untuk mencapai jumlah ahli seramai satu juta di seluruh negara.
AKTIVITI
Semua peserta program akan mendengar perkongsian daripada seorang bekas tentera yang telah lama berkhidmat semasa zaman komunis dahulu. Sesi bergambar.




















