Nama : Messy pagang Ahli : 2022 Umur : 11 tahun |
Latar belakang
Messy Pagang merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik lelaki . Dia menetap di rumah panjang Nanga Ngungun dan bersekolah di Sekolah Rendah Nanga Ngungun Kanowit. Dia dan abangnya dijaga oleh datuk dan neneknya sementara ibu-bapa mereka berada di Kapit untuk mencari pendapatan. Messy seorang yang berdikari dan suka menimba ilmu khususnya ilmu ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatannya menjadi ahli NADI, Messy Pagang ada mengikuti kelas asas komputer di sekolah. Dia hanya mempunyai pengetahuan dan ilmu asas perkomputeran sahaja dan masih belum mahir lagi dengan ilmu yang dipelajarinya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah menjadi ahli NADI pada bulan Julai 2022, Messy sangat rajin dan aktif melibatkan diri dalam pelbagai kelas yang dianjurkan seperti kelas asas microsoft word, kuiz dan sebagainya. Sementara itu, Messy sangat ringan tulang untuk mengajar rakan- rakannya semasa menghadiri latihan yang dijalankan oleh NADI. Messy juga hampir setiap hari datang ke NADI untuk belajar melayari internet, menonton video pendidikan dan sebagainya. Pada masa yang sama, Messy sangat mahir menjawab soalan kuiz yang dianjurkan oleh NADI . Hingga kini, dia sudah mampu menaip dengan pantas dan mahir membuat carian maklumat di google berbanding sebelum menjadi ahli NADI.