mcmc
Kisah Kejayaan

2024 – Q1 Celik IT

Nama  : Fellyscie Debbie Lamban

Ahli      : 2022

Umur   : 13 tahun

Latar belakang

Fellyscie Lamban merupakan anak sulung daripada seorang adik perempuan yang bongsu. Dia menetap di rumah panjang Nanga Ngungun dan bersekolah di Sekolah Menengah Nanga Dap Kanowit. Dia dan adiknya dijaga oleh datuk dan neneknya sementara ibu-bapa mereka berada di Kuching untuk mencari pendapatan. Fellyscie seorang yang berdikari dan suka menimba ilmu khususnya ilmu ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatannya menjadi ahli NADI, Fellyscie ada mengikuti kelas asas komputer di sekolah. Dia hanya mempunyai pengetahuan dan ilmu asas perkomputeran sahaja dan masih belum mahir lagi dengan ilmu yang dipelajarinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah menjadi ahli NADI pada bulan Julai 2022, Fellyscie sangat rajin dan aktif melibatkan diri dalam pelbagai kelas yang dianjurkan seperti kelas asas microsoft word , kuiz dan sebagainya. Sementara itu, Fellyscie sangat ringan tulang untuk mengajar rakan- rakannya semasa menghadiri latihan yang dijalankan oleh NADI. Fellyscie juga hampir setiap hari datang ke NADI untuk belajar melayari internet, menonton video pendidikan dan sebagainya. Pada masa yang sama, Fellyscie sangat mahir menggunakan telefon pintar sebagai alat berkomunikasinya untuk berhubung dengan rakan-rakannya berkaitan dengan tugasan di sekolah. Hingga kini, dia sudah mampu menaip dengan pantas dan mahir membuat carian maklumat di google berbanding sebelum menjadi ahli NADI.