Nama : Nira Anak Rimau Ahli : 2022 Umur : 63 Tahun |
Latar belakang
Encik Nira merupakan seorang pekerja eletrikal di sebuah syarikat luar negara. Namun, beliau tidak bertahan lama bekerja di situ dan menjadi penggangur setelah sekian lama. Beliau mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak. Demi menyara keluarga , Encik Nira sentiasa berusaha untuk menampung keperluan hidup keluarga mereka. Beliau akhirnya telah berjaya menghasilkan produk beliau sendiri iaitu membuat perabot rumah. Walaupun kos untuk membeli peralatan mahal, namun Encik Nira sentiasa gigih untuk mencari duit kerana beliau juga rajin untuk menjual hasil tanaman seperti sayur dan buah-buahan. Hasil daripada duit tersebut beliau sedikit demi sedikit membeli peralatan untuk menghasilkan perabot yang berkualiti. Pada masa yang sama, encik Nira menjual perabot dari rumah ker rumah kerana sambutan daripada komuniti di nanga ngungun amatlah memberangsangkan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Encik Nira sememangnya bergiat aktif juga untuk membuat wiring dari rumah ke rumah mengikut permintaan pelanggan dari masa ke semasa. Semasa NADI ditubuhkan pada tahun 2022, beliau sangat berminat untuk belajar ICT kerana beliau tiada asas dalam pembelajaran ICT di samping ingin memperkembang perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas menjadi ahli NADI, pelbagai latihan keusahawanan yang telah beliau sertai antaranya seperti asas keusahawanan, pemasaran, whatapp bisnes dan sebagainya. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform media sosial seperti facebook untuk mempromosikan produk beliau. Pada masa yang sama, beliau sentiasa aktif mengikuti apa-apa program yag dilaksanakan oleh NADI.


